WOW...

SEMENYIH ONLINE

Semenyih online diwujudkan bertujuan untuk membantu menyebarkan maklumat terkini hal-hal berkaitan dengan Bandar Semenyih.

Sekiranya saudara/saudari ada berita terkini untuk dikongsikan didalam Semenyih Online, sila emailkan kepada semenyihonline@gmail.com beserta dengan gambar-gambar agar boleh ianya didownloadkan di dalam blog ini.

Berita-berita yang boleh dikongsikan adalah seperti kewujudan perniagaan baru, kejadian masa kini, program-program yang berlangsung dan bakal berlangsung dan sebagainya.

Berita-berita yang hendak dikongsikan mestilah mengikut tatatertib dan tatasusila sebagai Rakyat Malaysia. Web Master berhak untuk menolak mana-mana makluman atau berita yang didapati tidak sesuai untuk dipaparkan tanpa memberikan sebarang notis.

Sebagai permulaan ini, bagi sesuatu iklan untuk tujuan komersil atau mengiklankan sesuatu perniagaan, tiada bayaran akan dikenakan buat masa ini sehinggalah dimaklumkan oleh Web Master kelak.

Kejayaan Semenyih Online ini adalah bergantung kepada sumber-sumber daripada saudara/saudari sekelian.

Sekian dan salam,

Web Master Semenyih Online

Thursday, December 10, 2009

PASAR SEMENYIH DITUTUP SEMENTARA

Adalah dimaklumkan bahawa Pasar Semenyih akan ditutup sementara pada 15 Disember 2009. Ini adalah berikutan daripada kerja-kerja pembersihan yang telah dijadualkan.

Web Master difahamkan jadual pembersihan ini adalah dalam tempoh sekali dalam sebulan.

Walau bagaimanapun, gerai-gerai kecil diluar kawasan Pasar masih ada penjaja-penjaja yang berniaga.

Saturday, December 5, 2009

RANGKA KERETA DI TAMAN SERI MAWAR, SEMENYIH












Semenyih Online telah dimaklumkan bahawa terdapat sebuah rangka kereta telah dijumpai oleh orang ramai. Rangka kereta tersebut terletak di Jalan Utama Seri Mawar, Semenyih.
Hasil amatan Semenyih Online, kereta tersebut adalah sebuah kereta WIRA dan dimaklumkan bahawa makluman kepada Pihak Polis Semenyih telah dibuat beberapa hari yang lalu. Namun kereta tersebut masih ada di lokasi sehingga berita ini ditulis.
Sekiranya ada sesiapa hilang kereta wira, sila hubungi pihak Polis Semenyih dengan kadar segera atau hadir ke lokasi di Taman Sri Mawar, Semenyih.

KEM JANA INSAN DI SEMENYIH


KEPADA SESIAPA BERMINAT, SILA HUBUNGI PEJABAT MASJID RAJA MUDA SEMENYIH. NO. TELEFON ADALAH SEPERTI TERTERA DIDALAM GAMBAR.

Thursday, November 19, 2009

Kerajaan Negeri Sumbang RM50,000 Kepada Sek. Sin Ming Semenyih




SEMENYIH – Kerajaan Negeri akan menyumbangkan sebanyak RM50,000 kepada sekolah sebagai bantuan sampingan atas dasar keprihatinan terhadap bencana menimpa warga Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Ming Semenyih.

Wakil Exco Kerajaan negeri, Lee Kim Sin berkata, sumbangan yang dihulurkan itu adalah sebagai usaha bagi membantu pihak sekolah melengkapkan peralatan yang musnah. “Bukan sahaja kekurangan ruang tetapi kini kebanyakan daripada peralatan seperti komputer, mesin fotostat dan sebagainya turut musnah.

Kerajaan Negeri amat terkejut dengan kejadian dan hasil perbincangan bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, Kerajaan Negeri bersetuju memberikan sumbangan,” katanya kepada Sinar Harian selepas melakukan lawatan di sekolah itu, petang, semalam.

Sila dapatkan berita penuh dalam Sinar Harian hari ini.

Sumber Dari Sinar Harian Online

Wednesday, November 18, 2009

MASJID RAJA MUDA MUSA

Masjid Raja Muda Musa adalah sebuah masjid di pekan Semenyih yang telah wujud sejak 1920-an. Masjid ini terletak berhadapan persimpangan Semenyih menghala ke Air Terjun Sungai Tekala/Jelebu.

Nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah yang menjadi Raja Muda Selangor mulai tahun 1916.

Pada tahun 1963, masjid baru dibina di atas bangunan sedia ada kerana sebahagian bumbung masjid telah runtuh. Kosnya pembinaan bangunan batu-bata ialah sekitar RM60,000 pada waktu itu.

Masjid yang terletak di tepi jalan laluan jalan lama Kuala Lumpur - Seremban, sering menjadi tempat persinggahan bagi pengguna jalanraya yang ingin

BANDAR SEMENYIH DILANDA RIBUT

17 November 2009 ~ Bandar Semenyih telah dilanda ribut dan angin kencang sekitar jam 4.00 petang hingga jam 6.00 petang. Hasil tinjauan mendapati banyak kerosakan telah berlaku seperti kemusnahan papan tanda, pokok, lampu jalan dan sebagainya.

Sekitar kawasan menghala Jalan Bangi Lama berdekatan dengan Taman Seri Mawar atau pejabat Haiwan Semenyih didapati air telah naik memenuhi parit besar sehingga melimpahi ke jalan raya.

Keadaan yang sama juga berlaku dimana limpahan air telah sampai ke Terminal Bas Semenyih berhadapan Hotel Smart.
Beberapa kenderaan juga didapati rosak akibat dimasuki air.

Semenyih Online Web master

Mungkin longkang ini tidak diselenggara dengan baik menyebabkan air sukar untuk mengalir
Gerai-gerai rosak

Kelihatan pekerja Pasaraya Karnival sedang melihat papan tanda telah tercabut ditiup angin


Dahan-dahan kayu bersepah-sepah sekitar deretan kedai Semenyih berdekatan pasar basah

Khemah peniaga buah-buahan rosak teruk

Sebahagian gambar dahan kayu dan pokok patah dan musnah

Air melimpahi sehingga ke kawasan Terminal Bas Semenyih berhadapan Hotel Smart













Air melimpahi pejabat Haiwan Semenyih














Jalan Seri Mawar 2, Taman Seri Mawar juga dinaiki air














Khemah berhadapan pejabat Adun Semenyih patah dan tumbang.















Parit yang dipenuhi air telah melimpahi Jalanraya Semenyih - Bangi















Sunday, September 27, 2009

MISI HAPUS MISKIN TEGAR

JOHAN Abdul Aziz menghulurkan sumbangan untuk warga miskin dan ibu tunggal di kawasan Semenyih sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.


Oleh WAN SYAMSUL AMLY kota@utusan.com.my


SEMENYIH 27 September 2009 - Pelbagai cara sudah diperkenal dan digunakan oleh kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan. Ada yang berbentuk jangka pendek dan ada juga secara jangka panjang.

Di Semenyih, penduduk di kawasan tersebut boleh datang ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Johan Abdul Aziz pada bila-bila masa jika mereka mempunyai masalah atau memerlukan bantuan.
Walaupun kerajaan negeri diperintah oleh pembangkang tetapi Johan bersedia untuk cuba membantu menyelesaikan apa juga masalah yang diadukan kepadanya.

Misinya hanya satu, menyelesaikan setiap aduan atau masalah sebaik mungkin dan memastikan taraf kehidupan di situ menjadi semakin baik.
Menyedari perlunya pendekatan baru dalam soal memberi bantuan, Johan tampil dengan Skim Usahawan Miskin Tegar yang dijangka bermula pada November ini.

Lembaran baru kepada konsep memberi bantuan di kawasan itu akan memilih 10 orang penduduk Semenyih untuk dijadikan kumpulan perintis.

"Kita akan perkenalkan Skim Usahawan Miskin Tegar dan kita namakan begini sebagai simbol galakan kepada mereka.

"Skim ini akan memberi modal berunsur barangan atau keperluan asas untuk mereka memulakan projek pertanian atau penternakan.

"Konsep memberi modal yang selama ini diamalkan akan ditukar kepada pemberian benih atau ternakan kecil untuk dibiak," ujarnya ketika ditemui di sini.

Johan berharap skim itu bakal membuka 'jalan' kepada kelahiran lebih ramai usahawan tani atau penternak di kawasan Semenyih.

Katanya, idea itu timbul setelah melihat beberapa kegagalan dalam projek bantuan sebelum ini.
"Sebelum ini kita memberi modal gerai dan barangan membuat burger, namun selepas beberapa ketika, mereka semakin 'malas' untuk meneruskan perniagaan.

"Kali ini kita memberi anak pokok serta benih untuk disemai. Pengusaha yang akan dipilih perlu menjaga 'aset' mereka sehingga ia boleh dituai atau dijual," katanya.

Beliau berkata, bantuan itu akan disalurkan menerusi sebuah koperasi yang sudah lama diwujudkan dan antara projek yang disenaraikan adalah ternakan ayam, kambing, lembu, ikan keli selain tanaman pisang serta serai.

"Kita akan bantu serta pantau projek pertanian mereka sehingga ke tahap ia boleh dituai. Kita juga akan mengaturkan orang tengah yang boleh mengambil hasil mereka untuk dijual.
"Ia dilihat sebagai usaha menjadikan warga Semenyih lebih berusaha sekali gus mengeluarkan mereka daripada belenggu miskin tegar," katanya.

Katanya, setakat ini, pihaknya sudah mempunyai senarai menghampiri 100 orang untuk menjadi penerima pertama skim berkenaan.

Namun, jelasnya, jumlah itu akan ditapis dan disaring supaya hanya mereka yang memenuhi kriteria yang ditentukan sahaja akan dipilih.

"Sebagai permulaan, kita perlu hadkan peserta supaya pemantauan dapat dijalankan dengan berkesan tetapi kita akan terus buka untuk permohonan baru.

"Kita berhasrat untuk menghapuskan terus kadar miskin tegar di sini," ujarnya.
Sebelum ini, beberapa projek termasuk di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) sudah dijalankan di kawasan Semenyih.

Projek yang melibatkan 15 kontraktor untuk menjadi perintis dalam projek pertama PBR dipilih berdasarkan prestasi dan penilaian terhadap projek yang pernah dibuat sebelum ini. Mereka diberi tempoh selama 40 hari untuk menyiapkan sebuah rumah teres yang mempunyai tiga bilik dan lengkap dengan kemudahan elektrik serta bekalan air. Skim usahawan miskin itu adalah penyambung kepada usahanya untuk membantu masyarakat di kawasan itu.

"Kita tidak mahu memberikan harapan palsu kepada masyarakat di sini. Kita janji kita buat, dan nilailah sendiri kerja saya. "Ini usaha ikhlas dan saya akan memberi bantuan sedaya mungkin untuk melihat kemajuan masyarakat Semenyih," ujarnya.